Aku ske aa baca pasal nie..
Nie aku amik dari forum jiwang..
Saper yg membesar tahun 80-an mesti terkenang je zaman dedulu..
huhu...

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Alvin & The Chipmunks and. not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron, n GABAN (Wa ta tau wa ta tau GABAN!!!) pastu time tu TV2 ada TV pendidikan sebelum diorang start siaran lam kul 3 ptg.
#berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah? Van Colgate datang sekolah. mesti pegang cawan warna-warni. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah.
#ingat tak, misi kat skolah msk kelas dgn list dentist appointment. pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yg berlubang, kene la tampal.
#ni sure korang igt. program minum susu di skolah. nak galakkan budak2 time tuh minum susu. skotak 30 sen jek
#cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan.
#semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.paling luxury nasi ayam goreng 50-60 sen. Ada Rancangan Makanan Tambahan (RMT) untuk Budak2 dari family susah. Then balik sekolah, apek jual aiskrim 20 sen sudah tunggu.
#Hankyu Jaya, Yaohan, shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family.
#time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...
#internet? email? mendalah ape tu? CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.
#kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , KumKum, UFO, TORA, Ding Dang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warna warni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. tak dilupakan, 'Ti Kam'.
#bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey , Happy Family dlm class. Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola or main rounders or main guli, Galah Panjang, penutup botol, batang aiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...
#kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 color tu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!
#Ok skang budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88. skarang digelar 'remaja'.
#bagi diorg, diorg mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are the Children...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bkn Billy Joel nyanyi...kalu tanya sape New kid on the block atau Gun n roses confirm diorang tak tau.
#bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.
#AIDS wujud sejak diorg lahir. CD pun wujud time diorg lahir.
#Michael Jackson dah putih dah time tu.
#Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.
#Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.(long live Wordstar!!)
#Diorg tak penah tau pun TV game 'Pong' or 'Atari' or 'Game & Watch'.
#diorang tak percaya sumber hiburan kita dulu only RTM 1, RTM2 ,TV3 n radio je.(Drama Minggu Ini,More Jutaria, n ALAM RIA CUTI SEKOLAH kat TV3)
#dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpa handphone
#OK now .jom kite check, kite ni dah tua ke:
1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembang pasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2, nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace message ni, korang akan terpikir nak forward message ni ke rakan seangkatan dengan korang.

"so,..here i am... getting older all the time ..but feeling younger in my mind...." (GOLDFINGER 's song 'Superman')
***********************************
memang betul.....teringat zmn mudo mudi dulu..huhuuhuhuh

1 comments

  1. LanaBusyBee  

    a'a la....tingat masa zamn dulu2 huhuhu..

Post a Comment

Subscribe to: Post Comments (Atom)